Thursday, August 11, 2011

Lemon Chicken

Bahan-Bahan:
Untuk Ayam
1.Setengah ekor ayam
2.Satu biji telur
3.Empat sudu makan tepung jagung
Gaul ayam dengan tepung jagung dan telur. Perisakan dengan sedikit garam dan serbuk lada.
Goreng ayam dalam minyak yang banyak.(Ayam tengelam dalam minyak).Perlahankan api dan goreng selama 20 minit. Angkat dan tuskan. Bila dah sejuk potong ayam tadi dalam anggaran 2 inchi.(Ala Chicken Rice)
Susunkan atas pingan.


Untuk Kuah::
1.Setengah botol Sunquick Lemon.
2.Tiga biji lemon.(diperah dan ambil jusnya)
3.Satu batang serai (dihiris nipis macam duit siling 5 sen)
4.Dua helai daun limau purut (dihiris nipis)
5.Dua sudu teh chicken stock.
6.Tiga sudu makan gula.
7.Setengah liter air rebusan tulang ayam
8.Setengah mangkuk kecil tepung jagung dicampur dgn sedikit air.
Cara-Cara:
Campurkan bahan 1 hingga 7 dan gaulkan dalam api yang perlahan sehingga mendidih. Tambahkan tepung jagung agar kuah menjadi pekat.(Jangan pekat sangat) Tuangkan kuah di atas ayam dan hiaskan dengan lemon yang dihiris nipis serta cili merah dan daun bawang yang dipotong kecil.(seperti dalam gambar}
MUDAHKAN? Hidangan ini digemari oleh kanak-kanak.Amat sesuai dibuat untuk birthday party.
SELAMAT MENCUBA.

Sunday, August 7, 2011

Kerabu Pucuk Paku

Bahan~Bahan:
1.Satu ikat ( 1 kg ) Pucuk Paku ( Potong 3 inchi, celur dgn air mendidih selama 2 minit & tuskan.)
2.100gm udang kering
3.2 biji bawang merah
4.6 biji cili besar
5.10 biji cili padi
6.1 inchi belacan
7.1 pkt kerisi
8.5 biji limau kasturi ( diperah & ambil jusnya)
Cara~Cara:
Tumbuk (atau blender) udang kering, cili besar, cili padi dan bawang merah sehingga lumat. Kemudian masukkan belacan, kerisi & jus limau kasturi biar sebati bersama bahan2 tersebut. Tambahkan garam, gula & aji no moto mengikut citarasa anda.
Hiaskan dgn dua biji cili besar & satu biji bunga kantan yg diris nipis.

Friday, August 5, 2011

Laksa Sarawak



Bahan-Bahan:
1.1 pkt bihun (direndam, kemudian rebus & toskan)
2.5 biji limau kasturi (dibelah 2)
3.2 biji telur (di goreng nipis kemudian potong halus2]
4.1 ikat daun ketumbar
5.300gm udang (buang kulit & rebus)
6.200gm tauge (dicelur sekejap)
7. 1/2 dada ayam (direbus & mayang isinya)

Untuk Kuah:
1.300gm laksa paste
2.2 sudu makan otak udang
3.1 biji kelapa (ambil santan pekat sahaja)
4.1/2 tin susu cair
5.sedikit garam,gula & msg (mengikut citarasa anda)
Cara-Cara:
Rebus tulang ayam & kulit udang dengan 2 liter air. Bila sudah mendidih masukkan laksa paste dan masak dalam 30 minit. Toskan kuah laksa tadi menggunakan fine strainer.
Masak lagi sehingga mendidih.Masukan santan,otak udang, susu cair, gula,garam & msg. setelah 5 minit padamkan api. Jangan terlebih masak takut santan kembang.

Untuk Sambal:
1. 100gm cili kering ( buang biji & rebus)
2. 4 inchi belacan
3. 3 sudu makan minyak masak
Cara-Cara:
cili kering diblender dgn belacan sehingga lumat.
Tumiskan sehingga naik minyak.

Susunkan bahan-bahan diatas seperti dalam gambar ini.

Gulai Ikan Tongkol

Resipi yg simple & lazat.
Bahan-Bahan:
1. 1 Kg Ikan Tongkol bersaiz kecil
2. 2 inchi halia
3. 2 batang serai
4. 3 inchi kunyit
5. 3 biji bawang putih
6. 3 biji bawang besar
7. 1 biji kelapa(ambil santan pekat sahaja)
8.  1/2 cawan air asam jawa
9. 2 tangkai daun kari
10. 1/4 cawan minyak masak
11.2 biji cili merah
12. 2 sudu makan serbuk kari ikan.
13. 2 sudu teh halba
Cara-Cara:
halia, serai, kunyit,bawang putih, bawang merah & cili merah ditumbuk dlm lesung. Jangan di blender sebab akan kurang wangi bila di tumis.
Panaskan kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yg telah ditumbuk. Bila dah naik baunya masukan daun kari ,halba diikuti dgn serbuk kari. Masukan air asam jawa dan tumis sehingga naik minyak.
Tambah santan dan bila sudah mendidih masukan ikan, tutupkan kuali dan perlahan api.Dalam masa 10 minit, gaul perlahan-lahan dan tambahkan garam, gula melaka dan aji no moto mengikut citarasa anda. Tutup kuali dan biarkan selama 15 minit. gaul perlahan-lahan sehungga kuah menjadi pekat.